fbpx

Berang dituduh curang, suami baling kepak ayam ke arah isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Audette membaling sekotak hidangan kepak ayam ketika bertengkar dengan isterinya. - Dapur Kobe

TALLAHASSEE, FLORIDA- Seorang lelaki di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) didakwa membaling hidangan kepak ayam ke arah isterinya ketika bertengkar selepas dia dituduh berlaku curang, lapor akhbar New York Post semalam.

Bukti serangan itu dikenal pasti apabila anggota polis yang tiba di rumah pasangan tersebut menemui wanita berkenaan dalam keadaan berlumuran sos pada badannya.

Gangguan rumah tangga di Wildwood bermula pada malam Ahad lalu apabila Robert Francis Audette, 39, dan isterinya bertengkar mengenai ‘kekasih’ lelaki tersebut.

“Defendan (Audette) didakwa meminta wang daripada mangsa supaya boleh mengunjungi pusat perjudian tempatan dan bertemu kekasihnya.

“Semasa pertengkaran, defendan mencapai dan melempar kotak hidangan kepak ayam yang dibungkus ke arah mangsa,” tulis seorang anggota polis dalam satu laporan.

Beberapa ketul kepak ayam kemudian mengenai wanita itu pada bahagian bahu kanan dan bawah dagunya.

Pertengkaran berterusan apabila Audette didakwa menghalang isterinya menemui bayi mereka di bilik lain dan memaksa wanita itu bersembunyi di dalam almari bilik tidur.

Apabila suspek keluar dari bilik tidur, isterinya dengan pantas mengunci pintu bilik yang menyebabkan Audette cuba memecah masuk semula.

“Apabila magsa tidak membuka pintu, defendan menjerit ‘saya akan memukul kamu’ dan mula mengetuk pintu dengan ganas,” kata polis.

Audette mengaku melemparkan hidangan kepak ayam itu ke arah isterinya, tetapi tidak bermaksud untuk memukul wanita tersebut. Dia menafikan perbuatan mengugut dan memukul isterinya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI