fbpx

Perak sedia terima kemasukan pelaburan dari China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (kanan) menyampaikan Juadah Hari Raya 2023 Kerajaan Negeri Perak kepada Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Perak akan menyediakan kemudahan infrastruktur yang mencukupi bagi menampung kemasukan pekerja apabila syarikat Proton memindahkan keseluruhan operasinya dari Shah Alam ke Proton City di Tanjung Malim menjelang 2027.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri telah mengadakan mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim tentang kaedah untuk menyediakan infrastruktur dengan lebih cepat.

Jelasnya, ia terutamanya apabila perlu menyediakan ruang ataupun kawasan untuk perindustrian termasuk vendor.

“Bagaimanapun, dalam masa yang sama kita kena membuat persiapan untuk menerima kehadiran kebanjiran pekerja-pekerja ini terutamanya dari segi kawasan perumahan.

“Lembaga Perumahan Perak telah turun untuk melihat bagaimana kita nak menyediakan rumah yang mencukupi dan sekolah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Juadah Raya Kerajaan Negeri Perak kepada Pasukan Badan Beruniform di sini hari ini.

Menurutnya, Proton City bersedia untuk menyediakan tapak tetapi Kementerian Pendidikan akan mengemukakan perbelanjaan untuk membina sekolah dan menghantar guru-guru yang mencukupi.

Katanya, bilangan sekolah yang akan dibina bergantung kepada bancian bilangan pelajar dan kesediaan tapak untuk membina sekolah.

“Sudah tentu, bayangkan jika 7,000 orang pekerja datang bawa 7,000 keluarga, jika sekurang-kurangnya satu keluarga ada tiga orang anak, bermakna 21,000 pelajar sekolah akan melimpah di Proton City.

“Sebab itu sekolah yang mencukupi perlu disediakan di situ,” katanya.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan kepadanya semasa majlis berbuka puasa dua hari lalu bahawa ada pertemuan yang dibuat bersama pemimpin kanan Proton Geely semasa mereka melawat China. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI