fbpx

Buang air kencing guna saluran khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. HADIP kini menumpang di rumah salah seorang adiknya di Batu Hampar, Rembau selepas tidak lagi mampu bekerja akibat penyakit kanser yang dialaminya.

REMBAU – Tiada apa yang diharapkan daripada seorang pesakit kanser tahap empat selain mengharapkan bantuan orang ramai untuk meneruskan ke­langsungan hidup selain menanggung kos rawatan penyakitnya.

Mohd. Hadip Ramli, 54, berkata, dia kini terpaksa menum­pang di rumah adiknya di Batu Hampar selepas kesemua wang simpanannya habis digunakan bagi tujuan perubatan.

Katanya, penyakit kanser pangkal hidung itu mula dikesan tiga tahun lalu ketika dia bekerja di Johor.

“Saya rasa pelik apabila terdapat bengkak dari telinga hingga ke leher.

“Ketika itu musim pandemik Covid-19, jadi bila tahu sakit kanser, saya tangguhkan rawatan dan terus bekerja. Namun, sejak tahun lalu, kesihatan saya semakin terjejas dan saya pulang ke kampung dan menumpang di rumah adik perempuan.

“Mereka yang banyak membantu menguruskan keperluan saya termasuk menghantar saya ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban serta Institut Kan­ser Negara (IKN),” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bekas pekerja kapal dan bengkel itu berkata, sejak simpanannya habis digunakan, dia banyak bergantung kepada bantuan adik dan keluarga lain.

Tambah Mohd. Hadip, dia juga terpaksa memohon bantuan memandangkan keperluan ubat-ubatan, lampin pakai buang serta susu khas yang digunakan ketika ini mencecah RM500 sebulan.

“Saya kini mengalami kesukaran untuk bertutur dengan jelas, membuka mulut untuk makan serta menelan makanan.

“Lebih sedih lagi, saya terpaksa menggunakan saluran khas untuk kencing dan kesemuanya itu juga memerlukan kos bulanan.

“Buat masa ini, saya telah memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak awal tahun ini dan masih lagi menunggu keputusan,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank CIMB 7039845583 atas nama Mohd. Hadip Ramli.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI