fbpx

MotoGP: Dua pelumba tersisih saingan GP Americas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ yang mengalami kecederaan pada tangan kanan ekoran insiden rempuhan ke atas Oliviera tidak dibenarkan turun berlumba dan memerlukan masa untuk pemulihan. – AFP

TEXAS, Amerika Syarikat (AS) – Pelumba Honda, Marc Marquez dan Enea Bastianini (Ducati) disahkan tidak akan turun beraksi menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Americas pada hujung minggu ini selepas masih belum cergas sepenuhnya.

Marquez menjalani pembedahan patah pada bahagian metarcarpal tangan kanannya selepas merempuh pelumba RNF, Miguel Oliveira pada perlumbaan pembukaan MotoGP di GP Portugal.

Honda dilihat enggan terburu-buru dan mengambil risiko selepas hasil imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati pelumba Sepanyol itu masih perlukan masa untuk benar-benar pulih sepenuhnya.

“Susulan daripada pemeriksaan tersebut, Marquez dan pasukan perubatannya, diketuai oleh Dr. Ignacio Roger de Ona, di Hospital Ruber Antarabangsa di Madrid telah mengesahkan kecederaan jari (metacarpal) Marquez masih dalam proses pe­nyembuhan.

“Selepas kerjasama rapat antara Repsol Honda dan HRC, semua yang terlibat telah memilih untuk membiarkan kece­deraan yang menimpa Marquez pulih sepenuhnya dan mengelak sebarang risiko sebelum dia kembali semula ke litar.

“Marquez akan terus meng­ikuti program pemulihannya di rumah untuk kembali dalam keadaan cergas bersama pasukannya nanti,” kata Honda dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Bastianini yang mengalami kecederaan bahu sewaktu perlumbaan di Litar Antarabangsa Algarve selepas dirempuh Luca Marini (VR46) juga masih belum dibenarkan untuk bersaing hujung minggu ini.

Bastianini diberi peluang untuk melakukan beberapa pusingan di Litar Misano untuk menguji tahap kecergasaannya, namun masih perlu masa untuk bersaing semula.

Pelumba uji Ducati, Michele Pirro akan mengisi kekosongan tersebut pada hujung minggu ini bersama Francesco Bagnaia.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI