fbpx

Remaja cemas kereta terbakar di Lebuh Raya Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta pemandu remaja wanita berkenaan yang terbakar di Lebuh Raya Persekutuan, Kuala Lumpur malam semalam.

PETALING JAYA – Seorang remaja berdepan detik cemas apabila kereta jenis Chevrolet Aveo yang dipandunya terbakar dalam satu kejadian di Lebuh Raya Persekutuan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima laporan polis kira-kira pukul 11.12 malam berhubung kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati, kira-kira pukul 10.30 malam, kereta yang dipandu wanita warga tempatan berusia 19 tahun itu mengalami kerosakan.

“Pemandu kemudian meletakkan kenderaan di tepi jalan sebelum kereta itu terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan di bawah Rule 10 LN166/59 bagi mengenalpasti punca kejadian.

“Maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Mejar Mohd Yusof Hamzah di talian 012-623234,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI