fbpx

RM3.2 bilion Wang Tidak Dituntut dikembalikan setakat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan.

PUTRAJAYA – Jabatan Akauntan Negara (JANM) sudah membuat bayaran balik sebanyak RM3.2 bilion wang tidak dituntut (WTD) kepada pemiliknya setakat ini sejak 1977.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jumlah WTD ketika ini adalah RM11 bilion berbanding RM14.1 bilion sebelum ini.

Beliau berkata, wang yang tidak dituntut itu merangkumi akaun simpanan, insurans, deposit dan lain-lain.

“Selain itu, kerajaan juga telah melaburkan sebahagian besar WTD dalam simpanan tetap dan bukannya melibatkan aset dan sebagainya dan faedah daripada simpanan tetap itu kemudian kita masukkan dalam kumpulan wang disatukan. Kita memperoleh kira-kira RM250 juta setahun dalam bentuk faedah,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Jabatan Akauntan Negara di sini tadi.

Pada masa sama, Ahmad berkata, kerajaan juga berhasrat untuk meminda Akta Wang Tidak Dituntut 1965 bagi melancarkan operasi pengurusan WTD supaya lebih cekap dan efisien.

Menurutnya, antara cadangan dikemukakan termasuk memendekkan tempoh pindahan ke akaun hasil disatukan kepada 10 tahun berbanding 15 tahun sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI