fbpx

Gangguan bekalan air di Marang pada Aidilfitri ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Penduduk di lapan kawasan di daerah Marang bakal berdepan masalah gangguan air pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu), Abdul Karim Endut berkata, lapan kawasan yang dikenalpasti berisiko berdepan gangguan bekalan air tersebut ialah Kampung Gong Kasim, Bukit Kecil, Durian Pahit, Gong Balai, Pasir Putih, Alor ketitir, Tok Fakir dan Felda Rantau Abang 1.

“Gangguan tersebut disebabkan projek menaik taraf paip utama dari Loji Rawatan Air (LRA) Kepong ke dua tangki utama di daerah itu masih belum siap sepenuhnya. Projek berkenaan merupakan sebahagian daripada komponen utama projek Kuala Terengganu Utara (KTU) yang kini sudah mencapai tahap 90 peratus dilaksanakan,” katanya di sini hari ini.

Abdul Karim berkata, Satu telah membuat perancangan proaktif dengan menempatkan 34 tangki statik bagi memudahkan pengguna kawasan terjejas mendapat bekalan air bersih sepanjang musim perayaan ini.

Tambahnya, pada waktu ini, penggunaan harian air di Terengganu ialah sebanyak 755 juta liter padu (MLD) hasil operasi menerusi 16 LRA di seluruh negeri itu.

“Kepulangan anak perantau ke Terengganu pada Aidilfitri kali ini dijangka akan meningkatkan penggunaan antara 70 hingga 80 MLD setiap hari. Begitupun, kita yakin tiada lagi masalah gangguan bekalan akan berlaku kecuali di lapan kawasan terlibat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI