fbpx

MITI dijenamakan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri atau dalam Bahasa Inggerisnya, Ministry Of Investment, Trade and Industry, mengekalkan akronim yang sama iaitu ‘MITI’.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, penjenamaan itu seiring dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Mesyuarat Kabinet bertarikh 5 April 2023.

“Penjenamaan itu bertepatan dengan fungsi Kementerian yang menjadi peneraju dan bertanggungjawab untuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing, memperkasakan pelaburan tempatan, memantapkan perdagangan antarabangsa dan memperkasakan pembangunan industri yang lestari dan mampan.

“Keputusan ini juga adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk merancakkan lagi aktiviti penggalakan pelaburan seperti yang digariskan di bawah Aspirasi Pelaburan Nasional bagi kesinambungan pembangunan semula ekonomi negara seperti yang digariskan di dalam wadah Kerajaan Madani,” kata kenyataan itu hari ini.

Dengan penjenamaan itu katanya, MITI terus komited untuk menarik pelaburan baharu berkualiti dan berimpak tinggi, memperluaskan jaringan perdagangan antarabangsa serta memperkukuhkan sektor industri sedia ada sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara.

“Ia juga bagi mengekalkan kesejahteraan rakyat dan sektor perniagaan, terutamanya Perusahaan Kecil Sederhana (PKS),” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI