fbpx

Suri rumah kerugian hampir setengah juta ringgit ditipu scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BAGAN SERAI – Seorang suri rumah berputih mata apabila wang simpanan miliknya di bank berkurangan sebanyak RM459,754 dipercayai akibat ditipu individu yang mengaku sebagai ejen insurans dan pihak polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pada 8 April lalu, polis daerah Kerian menerima laporan daripada seorang surirumah yang menyatakan telah diperdaya oleh penjenayah dalam talian.

“Dalam laporannya pada awal Februari lalu, mangsa dikatakan telah menerima panggilan dari ejen insurans dan pihak polis yang memaklumkan dia terbabit dalam kes tuntutan palsu serta turut terlibat dalam jenayah pemerasan dan judi haram.

“Akibat panik, mangsa telah mendedahkan maklumat akaunnya untuk tujuan siasatan pihak berkenaan dan turut diarahkan memindahkan wang simpanannya ke dalam akaun yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, mangsa telah menceritakan perkara tersebut kepada ahli keluarga dan menyedari dirinya telah ditipu apabila simpanannya di bank telah berkurangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI