fbpx

Sivakumar arah siasat dakwaan ‘rider’ dizalimi syarikat penghantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik pemilik akauan TikTok @saifulxander.

PETALING JAYA – Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar telah mengarahkan siasatan dilakukan terhadap dakwaan seorang penghantar makanan yang dizalimi oleh sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran makanan yang tular baru-baru ini.

Sivakumar melalui ciapan di Twitter semalam berkata, pegawai kementerian itu akan menghubungi syarikat berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Saya ambil maklum dan telah mengarahkan pegawai saya untuk menyiasat dan selesaikan isu ini dengan segera,” ciapnya.

Terdahulu, seorang penghantar makanan, Muhd Saifuddin Mustafa, 28, menzahirkan kekecewaan apabila mendakwa gaji yang diterimanya hanya RM500 dan bukan RM800 seperti yang sepatutnya.

Video luahan tersebut yang dimuat naik di TikTok menggunakan akaun saifulxander turut tular dan mendapat lebih 900,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI