PUTRAJAYA – Mentega, tepung gandum, minyak dan telur antara bahan utama bagi menghasilkan biskut raya seperti tart nenas, semperit, biskut badam, biskut makmur, cornflakes madu dan Almond London.
Bagaimanapun, menerusi data dikongsi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), negara mengimport RM61.8 juta mentega, lemak dan minyak pada Februari lalu berbanding RM8.5 juta yang dieksport.
Selain itu, bagi produk tenusu pula, jumlah diimport sebanyak RM286.2 juta berbanding RM79.3 juta yang diimport manakala, tepung gandum (RM19.6 juta diimport dan RM13.3 juta dieksport).
Bagi marjerin dan lelemak pula, jumlah eksport lebih tinggi iaitu RM206.7 juta berbanding hanya RM6.2 juta yang diimport manakala, gula konfeksi pula tidak jauh beza antara nilai import dan eksport masing-masing RM35.2 juta dan RM37.6 juta.
Nilai dagangan import dan eksport bagi telur juga berbeza apabila jumlah eksport lebih tinggi iaitu RM53.7 juta berbanding hanya RM3.3 juta yang diimport pada Februari lalu. – KOSMO! ONLINE