fbpx

Mayat kembung dibawa keluar melalui tingkap rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pintu tingkap yang dipotong bagi mengeluarkan mayat seorang lelaki tempatan yang sudah menggelembung dalam kediamannya di Jalan 2/38, Seksyen 2, Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Bomba terpaksa memotong bahagian tingkap sebuah rumah di Jalan 2/38, Seksyen 2, di sini bagi mengeluarkan mayat seorang lelaki yang sudah kembung.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 10.39 malam, semalam.

Katanya, seramai tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membawa keluar mayat tersebut.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati ada satu mayat lelaki tempatan berusia 43 tahun telah kembung di dalam bilik rumahnya.

“Kerja memotong tingkap bilik dilakukan bagi mengeluarkan mayat melalui tingkap kerana pintu bilik yang terlalu sempit,” katanya dalam kenyataan awal pagi tadi.

Morni memberitahu, mayat dapat diangkat dengan kerjasama pasukan polis yang berada di lokasi kejadian.

“Mayat tersebut dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebaik sahaja diangkat masuk ke dalam trak jenis Land Rover milik polis,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI