fbpx

Lelaki keluar kata-kata lucah terhadap wanita ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lelaki yang didakwa mengeluarkan kata-kata lucah.

PORT DICKSON – Seorang lelaki yang mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang wanita seperti yang tular dalam sebuah video di media sosial Twitter telah ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan berhubung kejadian tersebut selepas pihak polis menerima laporan daripada mangsa iaitu seorang wanita lebih pukul pukul 3.40 petang.

“Hasil saringan awal urin suspek adalah negatif. Suspek tiada rekod kesalahan lampau dan kini ditahan di lokap Balai Polis Port Dickson untuk siasatan lanjut.

“Pihak polis mengesahkan telah menerima satu laporan polis daripada mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengaibkan kehormatan serta mengeluarkan perkataan tidak sopan di khalayak awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, terdahulu lebih kurang pukul 9.22 pagi tadi telah terkesan sebuah video berdurasi 34 saat dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nanmanjoi8715 yang memaparkan seorang individu menghalang sebuah kereta keluar dari tempat meletak kenderaan sambil mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang wanita.

Aidi Sham berkata, kejadian tersebut berlaku lebih kurang pukul 6.30 petang semalam dihadapan sebuah bangunan di Bandar Springhilldi sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI