PETALING JAYA – Ibarat kaca terhempas ke batu. Itulah perumpamaan bagi menggambarkan kisah seorang lelaki yang menunggu ‘bonus’ untuk persediaan raya tetapi telah dibuang kerja secara tiba-tiba.
Kisah malang itu dikongsi Muhammad Safiy di Facebook selepas menerima berita berhubung kerjayanya itu tatkala kurang dua minggu lagi menjelang Raya Aidilfitri.
“Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Kurang dua minggu nak raya dan lagi seminggu nak dapat bonus, dibuang kerja tiba-tiba tanpa sebab.
“Sekarang kerja entah ke mana, dan hanya harapkan bonus lah untuk persediaan raya,” katanya dalam hantaran yang dimuat naik, hari ini.
Dalam pada itu, Muhammad Safiy yang merupakan ‘merchandiser’ (peniaga) beberapa produk mengakui sedih dengan nasibnya ketika ini.
“Bila tanya kepada (majikan), mereka tolak orang itu dan tolak orang ini. Hilang sabar aku dan sepupu juga kena buang sebelum puasa. Allahuakhbar, tak boleh nak fikir apa dah, nak raya kot,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE