KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis berbuka puasa bersama kira-kira 1,000 orang pengamal media dan penggiat seni di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini.
Majlis yang berlangsung di Dewan Merdeka WTCKL itu turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Antara pengisian pada majlis tersebut seperti tazkirah Ramadan, persembahan selain penyampaian sumbangan kepada anak yatim oleh Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE