fbpx

Wanita 82 tahun menjala ikan di Sembawang Park

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita (kiri) duduk bersama pukatnya ketika dia menjala di Sembawang Park, Singapura baru-baru ini. - Lam/Facebook

SINGAPURA – Seorang wanita berumur 82 tahun yang memakai baju kurung menjala ikan  hampir setiap hari di Sembawang Park, Singapura, lapor portal berita mustsharenews hari ini.

Wanita itu juga melakukan aktiviti tersebut walaupun pada bulan puasa.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Lam terserempak dengan wanita itu di Sembawang Park dan berkongsi cerita mengenainya.

Menurut Lam, wanita warga emas yang disebutnya sebagai nenek itu akan menaiki bas dan tren MRT dari Marsiling hingga ke Sembawang untuk memukat.

Dia yang memakai baju kurung akan membawa jala ke taman tersebut bersamanya hampir setiap hari.

Wanita itu yang identitinya tidak didedahkan memberitahu Lam bahawa dia tidak membawa pulang hasil tangkapannya.

Ia adalah disebabkan tidak ramai orang berada di rumahnya sebaliknya dia menganggap aktiviti menjala itu sebagai hobinya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI