fbpx

Padah jual RON95 kepada kenderaan asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang tular menunjukkan sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran negara jiran sedang mengisi RON95 di sebuah stesen minyak di Bintulu.

BINTULU – Sebuah stesen minyak di sini dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) kerana didapati menjual minyak bersubsidi RON95 kepada kenderaan asing.

Ia selepas pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Bintulu mengesan gambar yang tular di media sosial menunjukkan sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran dari negara jiran sedang mengisi minyak RON95 di stesen minyak terbabit.

Justeru dengan tindakan itu, Ketua Cawangan Pejabat KPDN Bintulu, Al Redzamani Abdul Razak menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa KPDN gagal mengambil tindakan ke atas pengusaha stesen minyak terbabit.

“Ini menjawab dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan KPDN gagal mengambil tindakan ke atas pengusaha stesen minyak yang menjual RON95 dan diesel kepada kenderaan asing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Redzamani menambah pihaknya juga dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan kepada semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak bagi memastikan pematuhan larangan penjualan RON95 kepada kenderaan asing.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI