fbpx

MOT siasat segera kontena berisi dadah- Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
336 kilogram (kg) heroin dianggar bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) dijumpai dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane pada 13 Mac lalu.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menyiasat segera isu kontena berisi dadah dari Malaysia ke Brisbane, Australia yang dirampas pihak berkuasa Australia pada 13 Mac lalu.

Menterinya, Anthony Loke berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat terperinci mengenainya namun akan menyiasat segera.

“Kami memandang serius perkara itu dan akan mendapatkan maklumat mengenai pelabuhan berkaitan dan membuat siasatan.

“Apa-apa kargo menggunakan pelabuhan kita untuk mengangkut bahan larangan adalah kesalahan serius,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sebelum ini, pihak berkuasa Australia dilaporkan merampas 336 kilogram (kg) heroin dianggar bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane pada 13 Mac lalu.

Menurut laporan itu, Polis Persekutuan Australia (AFP) berkata, Pasukan Sempadan Australia (ABF) mengesan dadah berkenaan disorok dalam dua blok konkrit simen yang masing-masing seberat 500kg.

“Semakan mendapati penghantaran itu diisytihar sebagai aksesori panel solar dalam kontena yang tiba 13 Mac lalu di Pelabuhan Brisbane dari Malaysia,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI