fbpx

K2

Tingkat jualan e-dagang sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENIAGA e-dagang boleh mencipta FOMO kepada pelanggan dengan menawarkan promosi terhad dan potongan harga menarik sepanjang Ramadan ini. – Gambar hiasan

BULAN Ramadan dilihat sebagai peluang ideal bagi peniaga produk e-dagang berinteraksi secara efektif dengan para pengguna serta meningkatkan pendapatan mereka.

Bagaimanapun, pendekatan tradisional yang berpusat kepada kempen tidak lagi cukup bagi sesuatu perniagaan e-dagang.

Peniaga yang memahami bahawa bulan mulia ini mampu meningkatkan jualan perlu merancang kaedah-kaedah pemasaran terbaik.

Dalam artikel ini, diketengahkan tiga teknologi yang harus dipertimbangkan secara serius oleh para peniaga e-dagang bagi meningkatkan jualan mereka.

Pertama, memanfaatkan automasi secara maksimum.

Peniaga perlu menggalakkan penjualan dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan WhatsApp pada pelbagai tahap perjalanan pelanggan.

Mengirim pesanan ajakan untuk bertindak atau ‘call to action’ (CTA) yang menarik agar pengguna tertarik ketika mengunjungi platform perniagaan e-dagang.

Jika pengguna meninggalkan laman e-dagang pada tahap pertengahan perjalanan pembelian, peniaga perlu menghantar pesanan peringatan untuk mendorong mereka menyelesaikan pembelian tersebut.

Pesanan pasca pembelian juga boleh diautomasi untuk melakukan penjualan silang produk pelengkap berdasarkan pembelian pelanggan sebelumnya.

Selain itu, peniaga boleh meminta data daripada pelanggan untuk meningkatkan pengalaman mereka secara keseluruhan serta mewujudkan hubungan lebih kuat.

Dengan memanfaatkan strategi penghantaran pesanan automatik, peniaga dapat memaksimumkan strategi pemasaran ketika Ramadan dan mencapai sasaran jualan mereka.

Kedua, ciptakan ketakutan kehilangan (FOMO) dengan mengeluarkan penawaran eksklusif dalam jangka waktu terhad.

FOMO adalah tindak balas emosi terhadap kepercayaan bahawa orang lain menjalani kehidupan yang lebih baik dan memuaskan.

FOMO sering membawa kepada perasaan kurang senang, tidak puas hati, kemurungan dan tekanan.

Penggunaan media sosial telah meningkatkan kelaziman FOMO kepada pelanggan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dengan menawarkan diskaun eksklusif dan terhad pada jangka waktu tertentu akan mewujudkan rasa tertarik dalam kalangan pelanggan.

Ini akan mendorong pelanggan melakukan pembelian sebelum penawaran berakhir, sekali gus membantu peniaga mencapai sasaran penjualan mereka.

Selain itu, peniaga boleh memberitahu pelanggan tentang tawaran dan diskaun eksklusif menerusi aplikasi dan web.

Ini boleh dilakukan dengan menggunakan push notification untuk membawa pelanggan ke halaman yang relevan.

RAMADAN boleh diibaratkan sebagai bulan berbelanja kepada umat Islam terutamanya ketika membeli juadah berbuka puasa dan membuat persiapan Aidilfitri. – Gambar hiasan

Selain itu, peniaga dapat memanfaatkan strategi cross-selling dan up-selling di halaman akhir untuk meningkatkan nilai pesanan serta mendorong lebih banyak pendapatan ketika Ramadan.

Dengan memastikan pengalaman berbelanja yang lancar dalam aplikasi atau web, ia secara signifikan meningkatkan kepuasan dan kesenangan pelanggan.

Ini akan mendorong pelanggan untuk kembali dan mendapat lebih banyak pembeli baharu melalui pemasaran dari mulut ke mulut.

Bagi mendorong pembelian impulsif, peniaga boleh memberi insentif kepada pelanggan seperti hadiah dan pengalaman berbelanja yang selesa.

Ini membuatkan pelanggan terdorong untuk segera melakukan pembelian.

Akhir sekali, memaksimumkan potensi e-mel.

Dengan munculnya e-mel Accelerated Mobile Pages (AMP), pemain e-dagang boleh menyelesaikan transaksi secara langsung menerusi e-mel itu sendiri.

E-mel AMP juga boleh digunakan untuk berinteraksi dengan pengguna melalui elemen interaktif seperti permainan dan kuiz.

Pelanggan juga boleh mendapat hadiah berupa diskaun dan code promo sehingga mewujudkan pengalaman yang menggembirakan dan bermanfaat kepada mereka.

Kajian lepas pembelian dan permintaan susulan juga boleh dihantar melalui e-mel.

Ini membolehkan peniaga memperoleh maklumat yang bernilai mengenai kepuasan pelanggan dan hal-hal yang perlu ditingkatkan.

Secara keseluruhan, memanfaatkan potensi pemasaran e-mel merupakan solusi tepat bagi peniaga yang ingin mencapai jangkauan dan keterlibatan kepada pelanggan sepanjang Ramadan dan bulan-bulan mendatang.

Sebagai kesimpulan, penting untuk diketahui bahawa ramai orang Muslim di negara ini mempunyai daya beli sangat besar.

Ia satu keuntungan kepada para peniaga e-dagang jika dapat berhubung dengan pelanggan untuk tujuan penting seperti sumbangan amal.

Dengan adanya platform di laman web, ini membolehkan pelanggan menyumbang kepada golongan memerlukan.

Ini adalah pendekatan yang bijaksana dan berempati kepada pelanggan.

Selain itu, makanan memainkan peranan penting sepanjang Ramadan ini terutama ketika waktu berbuka puasa.

Oleh itu, peniaga boleh memberi fokus kepada produk makanan yang boleh dimakan dan sesuai sepanjang Ramadan dan menjelang Syawal.

Dengan mengingati pertimbangan-pertimbangan ini, peniaga e-dagang secara efektif dapat berhubung dengan komuniti Muslim ketika Ramadan.

Pada masa sama, peniaga dapat membina hubungan lebih kuat dan bermakna dengan pelanggan yang berpotensi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI