fbpx

‘Kami layan mak cik sehabis baik, tapi mak cik kebas duit kedai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV wanita berkenaan memasukkan duit yang dicuri ke dalam beg.

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi kisah sedih selepas wang kedainya dicuri ketika dia sedang berurus niaga bersama seorang pembeli.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsi Aairameyy di akaun TikTok miliknya memaparkan kehadiran individu terbabit yang dilihat berpura-pura membeli barangan di kedai berkenaan.

Bagaimanapun, individu tidak bertanggungjawab itu dilihat dengan sengaja mengambil duit yang berada di atas meja dan memasukkannya ke dalam beg ketika peniaga tersebut leka mencari stok yang diminta.

Aaira meluahkan rasa sedihnya kerana wang tersebut merupakan hasil titik peluh mereka mencari rezeki siang dan malam demi kelangsungan hidup.

“Makcik, sedar tak awak dah hancurkan hati kami yang penat kerja pagi ke malam untuk beraya dengan keluarga kami,” katanya.

Tambahnya lagi, dia sudah berusaha sebaik mungkin untuk melayan karenah individu terbabit, namun dibalas dengan keburukan.

“Kami dah sehabis baik jalankan tugas layan makcik. Tapi ini lah manusia yang tidak ada otak dan hati perut. Tak fikir penat lelah kami usaha pagi ke malam,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai mencela perbuatan individu berkenaan yang dianggap menyusahkan orang lain.

“Ingatkan rembat tudung saja. Rupanya dapat ambil duit juga. Ada lalu tadi video sebelum ambil duit. Dia rembat tudung sehelai masukkan dalam beg,” kata Mayasabb. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI