fbpx

KPM nafi kos bina bilik darjah cecah jutaan ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menafikan dakwaan yang dibangkitkan seorang Ahli Parlimen berkenaan kos pembinaan sebuah bilik darjah yang mencecah jutaan ringgit.

Katanya, perkongsian dibuat bekas menteri itu adalah tidak tepat kerana setiap projek pembinaan membabitkan sekolah mempunyai proses yang perlu dinilai berdasarkan panduan dan standard.

“Kenyataan itu tidak tepat kerana di peringkat Kementerian Pendidikan (KPM) kita ada proses kerja dan bagaimana setiap projek itu dinilai mengikut panduan serta standard di peringkat kerajaan.

“Isu yang kita hendak tekankan adalah proses kerja itu yang harus dinilai dan skop kerja selain konsultan serta piawaian tertentu yang mesti dicapai oleh KPM dalam meneruskan projek-projek tersebut,” katanya menerusi sidang media selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti di sini hari ini.

Pada 5 April lalu, Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin menerusi laman Twitter berkongsi sebuah video berdurasi seminit 43 saat berserta kapsyen ‘kos satu bilik darjah sama seperti satu banglo’ yang memaparkan dirinya di Dewan Rakyat.

Terdahulu, menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah, Fadhlina turut melancarkan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat KPM dan Buku Panduan Pengurusan Tindakan Tatatertib KPM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI