fbpx

[VIDEO] Farid Kamil minta Diana Danielle bertaubat sebelum terlambat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID berharap Diana tidak terkena laknat Tuhan akibat perbuatan sendiri.

SHAH ALAM – Pelakon Farid Kamil mengharapkan isterinya, Diana Danielle bertaubat sebelum terlambat. 

Sebagai suami kepada bintang filem Hanyut itu, Farid risau seandainya Diana, 32, ditimpa laknat akibat perbuatan sendiri.

“Bertaubatlah sebelum terlambat. Bila saya tahu apa akibat di sebalik apa yang dia buat, dia mungkin ditimpa laknat yang saya sendiri pun tak boleh ampunkan. 

“Sebagai manusia, saya akan maafkan Diana. Apa sahaja kesalahannya, saya maafkan sebab dia adalah isteri dan merupakan ibu kepada dua anak saya,” katanya dalam keadaan sebak kepada Kosmo! Online sebentar tadi. 

Hari ini, Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 42, hadir bagi prosiding sulh berhubung krisis rumah tangganya dengan Diana Danielle di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.

Bagaimanapun, Diana yang baru-baru ini muncul dengan filem Imaginur itu tidak menghadirikan diri atas alasan belum bersedia bertentang mata dengan Farid. 

Farid yang ditemani peguam syarienya, Fakhrul Azman Abu Hassan bagaimanapun tidak putus asa dan tetap akan berusaha menyelamatkan rumah tangganya. 

“Saya tetap mahu selamatkan rumah tangga ini. Saya memang sayangkan Diana dan anak-anak,” katanya lagi. 

Ditanya tentang orang ketiga sebagaimana yang pernah didedahkannya, Farid berkata, biarlah mahkamah menentukan kesahihan perihal berkenaan. 

“Semua benda itu akan ditentukan oleh mahkamah sebab saya hanya manusia biasa. Saya hanya bertindak sebagai suami yang cuma menuntut apa hukum hakamnnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI