fbpx

Suspek utama pecah kenderaan, curi wang zakat RM22,000 diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian barangan yang dirampas susulan penahanan empat suspek yang terlibat kes jenayah pecah kenderaan dan curi wang zakat berjumlah RM22,000 di Kangar Perlis pada minggu lalu.

KANGAR – Polis sedang memburu seorang lelaki warga asing dipercayai menjadi dalang kes pecah kenderaan pacuan empat roda milik seorang imam sebelum melarikan wang zakat fitrah berjumlah RM22,000 dalam kejadian di Kangar Jaya 1 di sini pada 5 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, suspek utama yang masih bebas itu dikenali dengan nama Akbar berusia 35 tahun.

Katanya, pihaknya pada 6 April lalu menahan empat lelaki juga warga asing berusia 37 hingga 50 tahun yang disyaki terlibat dalam kes tersebut di hadapan sebuah kedai makan di Pulau Pinang.

“Kita turut merampas wang berjumlah RM3,466 yang merupakan sebahagian daripada hasil curi dan pakaian baharu yang dibeli menggunakan wang tersebut.

“Turut dirampas ialah sebatang besi sepanjang kira-kira 11 sentimeter yang digunakan untuk memecahkan cermin kenderaan mangsa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar di sini hari ini.

Beliau berkata, susulan penahanan itu, pihaknya masih meneruskan usaha mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan terus ke IPD Kangar di talian 04-9082222 atau mana-mana balai berhampiran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI