fbpx

Median baki KWSP kaum Melayu hanya RM5,529 selepas 4 kali pengeluaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini menjelaskan median baki pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kaum Melayu serta Bumiputra dan lain-lain adalah masing-masing berjumlah RM5,529 dan RM3,302.

Menerusi Twitter rasmi beliau hari ini, Ahmad menyatakan jumlah tersebut adalah median simpanan ahli bawah 55 tahun berdasarkan selepas pengeluaran simpanan KWSP berkaitan Covid-19 sebelum ini.

“Data penting untuk makluman semua. Median baki tinggal RM3,302 dan RM5,529. Jika ingin popular, lulus keluarkan semua. Namun ini Kerajaan Perpaduan yang bertanggungjawab untuk masa depan rakyat.

“Empat kali sudah dibenar, jumlah kesemuanya RM145 bilion. Maaf, maka carilah kaedah lain,” ciap beliau hari ini.

Menerusi data yang dikongsi, median baki yang ditunjukkan pada April 2020, jumlah simpanan bagi kaum Melayu serta Bumiputra dan lain-lain kaum adalah masing berjumlah RM16,938 dan RM10,591.

Manakala selepas empat kali pengeluaran selepas itu, baki pada Disember 2022 menunjukkan median simpanan bagi dua kaum ini adalah hanya berjumlah masing-masing sebanyak RM5,529 dan RM3,302.

Data tersebut turut menyaksikan median baki bagi kaum Cina dan India pada April 2020 adalah masing-masing sebanyak RM45,756 dan RM25,724.

Namun selepas empat kali pengeluaran simpanan KWSP ketika Covid-19, jumlah baki bagi Disember 2022 masing-masing hanya menyusut kepada RM45,162 dan RM14,929. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI