fbpx

8,511 barang tiruan milik ‘tauke’ warga asing disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Samsudin (dua dari kiri) menunjukkan barangan tiruan yang dirampas dalam serbuan empat premis di Jalan Kenanga, di sini, Rabu lalu.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan aktiviti pembekal pakaian tiruan yang diniagakan warga asing membabitkan 8,511 unit barang terdiri daripada baju dan seluar berjenama.

Dalam serbuan pada Rabu minggu lalu, sebanyak empat buah premis pemborong di Jalan Kenanga, di sini diperiksa hasil daripada risikan selama dua minggu pihak KPDN.

Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, jumlah sitaan bagi keempat-empat premis itu sekitar RM250,000 dan disyaki dipakai cap dagangan secara salah di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Katanya, kesemua pemborong ini disyaki menjadi pembekal utama kepada pemborong serta peruncit di sekitar ibu negara, malah turut menghantar bekalan kepada peniaga di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

“Premis ini dimiliki oleh individu tempatan tetapi peniaga sebenar adalah warga asing yang hanya menggunakan nama mereka bagi mendapatkan lesen, warga tempatan itu akan diberikan bayaran gaji pada setiap bulan.

“Perniagaan yang berusia lebih daripada dua tahun ini sering tukar modus operandi untuk elak dikesan dan kita turut menahan tiga pekerja warga asing bagi membantu siasatan kes,” katanya dalam sidang akhbar di Stor Eksibit KPDN di Segambut, di sini hari ni.

Dalam pada itu, Ariffin memaklumkan kesemua bekalan pakaian ini diperolehi dari luar negara bertujuan dijual kepada orang ramai yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Tambah Ariffin, hasil pemeriksaaan mendapati seluar dan baju berjenama yang diperolehi pada harga kos RM10 hingga RM50 seunit akan dijual pada harga borong RM20 hingga RM80 seunit.

“Manakala peniaga runcit akan menjual pada harga RM40 sehingga RM150 seunit bergantung kepada kualiti barangan,” ujarnya.

Menurut Ariffin, kesemua pihak yang terlibat akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI