fbpx

160 pengecas EV di Kuantan menjelang 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMDAN Hussin (tiga dari kanan) ketika menyempurnakan pelancaran stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Sebanyak 160 pengecas kenderaan elektrik (EV) akan dipasang di daerah ini menjelang 2025 dalam usaha menyediakan kemudahan terbaik kepada orang ramai khususnya pengguna kenderaan elektrik.

Kesemua pengecas terbabit akan ditempatkan di lokasi tumpuan pelancongan dan pusat bandar meliputi tiga fasa yang mana pada fasa pertama sebanyak 33 stesen pengecas EV bakal tersedia di 13 lokasi yang telah dikenal pasti Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, sehingga hari ini terdapat 11 unit parkir stesen pengecas EV telah tersedia untuk pengguna membabitkan lima kawasan di sekitar bandar ini.

“Di lima lokasi ini terdapat dua stesen ‘fast charging’ dan yang 10 lagi ‘slow charging’.

“Insya Allah kita akan teruskan lagi usaha pemasangan stesen pengecas ini yang mana untuk fasa kedua iaitu pada tahun 2024 akan didirikan 16 lagi lokasi dengan 47 pengecas yang akan dipasang seterusnya untuk fasa ketiga pada tahun 2025, ada lagi 30 lokasi yang melibatkan 80 pengecas,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Stesen ‘Electric Vehicle (EV) Charging’ dengan kerjasama BLH Ecoenergy Sdn Bhd yang membabitkan tiga petak parkir khas di Hotel Mega View, di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI