fbpx

Mohd Amran Ketua Pengarah, Ketua Hakim Syarie JKSM baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Amran.

PETALING JAYA – Datuk Mohd Amran Mat Zain dilantik sebagai Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Naim Mokhtar berkata, Mohd Amran berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian), Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Undang-Undang LLM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selain turut memiliki Diploma Lepasan Ijazah (Pentadbiran dan Perundangan Islam), UIAM.

Katanya, Mohd Amran mempunyai pengalaman selama 29 tahun dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah apabila mula menyertai perkhidmatan awam sejak tahun 1994.

“Memulakan tugas sebagai Pegawai Syariah di Biro Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan, selain pernah bertugas sebagai Pendaftar di JKSM dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Sebelum ini beliau juga telah diberikan amanah sebagai Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM, Hakim Mahkamah Tinggi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Ketua Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Jawatan terakhir beliau di JKSM sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

“Sepanjang perkhidmatan, beliau turut pernah mengikuti kursus jangka pendek di The Muslim College of London,” katannya dalam kenyataan akhbar, di sini hari ini.

Ujarnya, berpandukan kepada pengalaman luas serta kelayakan yang dimiliki, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat yakin dengan kewibawaan Mohd Amran untuk menerajui JKSM dalam usaha meneruskan kecemerlangan jabatan.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin mengucapkan tahniah dan berharap Mohd Amran dapat menjalankan amanah ini dengan sepenuh hati demi agama, negara dan ummah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI