fbpx

Kamera badan anggota polis dilaksana selewatnya suku ketiga tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin

SHAH ALAM – Penggunaan kamera badan pada anggota polis di seluruh negara dijangka akan dilaksanakan pada suku kedua atau ketiga tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelaksanaan itu kini dalam fasa terakhir yang melibatkan penelitian oleh jawatankuasa penilaian dan spesifikasi mengenai kamera itu telah dibangunkan selain pengeluaran dokumen tender.

“Baru-baru ini, proses taklimat kepada pembida yang berminat juga sudah diberikan dan jawatankuasa akan membuat penilaian sebelum perolehan lanjut dibuat.

“Saya yakin ia akan dilaksanakan tahun ini. Jika melihat proses itu, ia tidak memakan sehingga hujung tahun dan boleh jadi pada suku kedua atau ketiga ini,” katanya ketika ditemui selepas program TownHall Rakyat di Karangkraf di sini, hari ini.

Tegas Saifuddin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersedia sepenuhnya menggunakan kamera itu dalam langkah menangani isu korupsi dan integriti.

“Kerajaan berpegang kepada prinsip sifar toleransi terhadap isu rasuah di negara ini. Jadi, antara langkah perkukuhkan integriti itu adalah menerusi teknologi adalah penggunaan kamera badan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, siasatan mengenai kenyataan berunsur perkauman oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan, masih dijalankan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI