fbpx

Kelantan FC sedia ‘serang balas’ terhadap Moon Sik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELANTAN akan membuat tuntutan balas (counter claim) sekiranya Choi Moon Sik (jersi hitam) terlebih dahulu memfailkan tindakan kepada kelab. - FB TRW KELANTAN FC

KUALA LUMPUR – Kelantan FC tidak akan berdiam diri dan akan membuat tuntutan balas kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya bekas ketua jurulatih, Choi Moon Sik menfailkan tindakan kepada kelab

Pihak pengurusan kini sedang membuat persiapan untuk mengambil tindakan bersesuaian malah berpendapat bahawa tindakan merehatkan bekas Moon Sik adalah wajar dan munasabah.

Daripada kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Perundangan Kelab, Kelantan FC juga sedang membuat persiapan untuk mengambil tindakan kepada bekas jurulatih kecergasan, Hyo Jun Park yang meninggalkan kelab tanpa notis dan mendadak ketika kontraknya masih lagi sah bersama pasukan.

“Pihak kelab Kelantan FC kini sedang membuat persiapan untuk mengambil tindakan bersesuaian kepada bekas ketua jurulatih iaitu Choi Moon Sik melalui FIFA dan akan membuat tuntutan balas (counter claim) sekiranya bekas ketua jurulatih itu terlebih dahulu memfailkan tindakan kepada kelab.

“Pihak kelab juga sedang membuat persiapan untuk turut mengambil tindakan kepada bekas jurulatih kecergasan kelab iaitu Hyo Jun Park yang telah meninggalkan kelab tanpa notis dan mendadak sungguhpun beliau masih berada dalam tempoh kontrak bersama kelab.

“Perbuatan bekas jurulatih kecergasan ini adalah jelas suatu pelanggaran kontrak dimana kelab telah menanggung kerugian dan terpaksa mencari pengganti dalam masa yang singkat,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sebelum ini The Red Warriors bertindak drastik dengan merehatkan Moon Sik sebelum aksi dengan Terengganu, 4 April lalu dan ejen kepada jurulatih itu, Myeongho Jeong menyatakan pihaknya sudah bersiap sedia heret kelab itu ke FIFA.

Keputusan Jeong itu dibuat selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan Kelantan FC yang mendakwa dirinya sengaja memfitnah dan memburukkan pasukan.

“Kedua-dua bekas ketua jurulatih dan jurulatih kecergasan ini juga gagal hadir semasa perlawanan liga menentang Terengganu FC setelah enggan untuk menaiki bas pasukan pada hari perlawanan untuk bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu sungguhpun telah diminta oleh pihak kelab.

“Perbuatan ini menyebabkan pihak kelab terpaksa mengambil tindakan drastik saat akhir dan melantik Rezal Zambery Yahya sebagai Pengendali Sementara pada perlawanan tersebut bagi memastikan pasukan mempunyai jurulatih untuk membuat keputusan di bangku simpanan.

“Pihak kelab menjamin dan komited dalam memastikan hak perundangan kelab sentiasa terjaga dan tidak akan membiarkan sebarang pihak mengambil kesempatan yang boleh merugikan kelab dan mencemarkan nama baik kelab,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI