fbpx

Lelaki dukung ibu semasa umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki tersebut mendukung ibunya ketika menunaikan tawaf di hadapan Kaabah. – Twitter

MEKAH – Sebuah klip video memaparkan aksi seorang lelaki  mendukung ibunya ketika melakukan  tawaf semasa ibadah umrah, mengundang rasa terharu netizen dengan ramai memuji tindakannya, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Video itu tular di Twitter dan beberapa laman media sosial lain. Ia  menunjukkan lelaki berkenaan mengangkat ibunya dan  meletakkan wanita tersebut di atas bahu.

Klip video tersebut jelas menunjukkan sikap lelaki itu yang menghormati dan mengambil berat akan keadaan ibunya ketika melakukan tawaf di hadapan Kaabah.

Sementara warga emas tersebut dilihat berada dalam keadaan terharu dan dia turut mengucup kepala anak lelakinya itu ketika diangkat.

Rata-rata netizen memuji sikap lelaki tersebut dengan mengatakan bahawa ia merupakan sebahagian daripada tindakan membalas jasa ibu dan sebagai tanda hormat kepada wanita yang telah membesarkannya sehingga dewasa. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI