fbpx

EPL: Arsenal sia-sia peluang menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESUS (kiri) berjaya meletakkan Arsenal dalam kedudukan selesa menerusi kelebihan dua gol sebelum mereka diikat Liverpool pada aksi kelmarin. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berang selepas anak-anak buahnya mensia-siakan kelebihan dua gol ketika seri 2-2 menentang Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield kelmarin.

The Gunners mendahului perlawanan 2-0 hasil jaringan Gabriel Martinelli dan Gabriel Jesus, namun gagal menggunakan kelebihan tersebut apabila membenarkan tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi Mohamed Salah dan Ro­berto Firmino.

Keputusan itu sekali gus me­nyaksikan Arsenal keciciran dua mata ketika Manchester City terus memberi tekanan dalam perebutan takhta liga apabila hanya dibezakan enam mata selain beraksi kurang satu perlawanan.

“Satu perlawanan yang sa­ngat sukar. Pada awalnya, kami menguasai sepenuh permainan, tetapi segalanya berubah apabila kami melepaskan gol mudah yang menyebabkan Liverpool dapat melakukan kebangkitan.

“Kami bermula baik di separuh masa kedua, namun hilang kawalan secara tiba-tiba. Saya akui Liverpool mampu menja­ringkan tiga atau empat gol, begitu juga kami, tetapi saya fikir keputusan ini adil untuk kedua-dua pasukan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga percaya tiga mata mungkin menjadi milik mereka sekiranya pemain-pemain Arsenal me­ngekalkan aksi yang ditampilkan di separuh masa pertama selepas waktu rehat.

“Kami mensia-siakan peluang untuk dapatkan tiga mata. Jika kami mengekalkan aksi di separuh masa pertama, mungkin ia akan menjadi cerita berbeza tetapi terpaksa berpuas hati dengan satu mata,” tambah Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI