fbpx

K2

Ayam Gembul Pak Joko menawarkan cita rasa Solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri, Mohd. Firdaus dan Nurazlinda berdiri di hadapan restoran Ayam Gembul Pak Joko yang terletak di Medan Putra, Alor Setar, Kedah.

KELAZATAN ayam goreng yang banyak dijual di Solo, Indonesia memberi idea kepada pasangan suami isteri, Mohd. Firdaus Md. Saman, 53, dan Nurazlinda Saari, 38, untuk membuka Restoran Ayam Gembul Pak Joko di Alor Setar, Kedah.

Restoran terletak di Medan Putra, Seberang Jalan Putra itu mula beroperasi pada 26 Februari lalu dengan menampilkan hidangan istimewa iaitu nasi serta ayam goreng cita rasa asli Solo.
Ayam goreng Pak Joko tersebut mempunyai rasa tersendiri dengan tekstur rangup di luar serta lembut dan ‘berjus’ di dalam.

Ini kerana, ayam tersebut dimasak dengan lebih 15 jenis bumbu rahsia selama kira-kira satu jam setengah sebelum digoreng.

Selain ayam goreng, pelanggan juga mempunyai menu pilihan lauk lain seperti itik, ikan bawal, ikan keli dan daging.

Menu yang ditawarkan di restoran tersebut antaranya dinamakan sebagai Ayam Kampung Goreng Solo, Ayam Dara Gembul, Bebek Blondo, Empal (Daging) Gembul, Bawal Gembul dan Lele Gembul.

Bagi penggemar mi, mereka boleh menikmatinya dengan pilihan ayam dara atau ayam kampung. Hidangan tersebut dikenali sebagai Jokomie Sup Berapi dan Jokomie Goreng Surakarta. Selain itu, ada juga menu set untuk kanak-kanak iaitu Jokomie Sup Ayam dan Nasi Ayam Dara bersama minuman oren.

Menurut Mohd. Firdaus, restoran tersebut diasaskannya sendiri bersama isteri dan dipercayai merupakan satu-satunya seumpama itu di negara ini.

“Hidangan ayam goreng ini adalah ‘comfort food’ rakyat Indonesia dan apabila saya ke Solo pada tahun 2019, saya tertarik dengan jualan ayam goreng di sana kerana rasanya sangat lazat.

Menu-menu antaranya dinamakan Ayam Kampung Goreng Solo, Ayam Dara Gembul, Bebek Blondo, Empal (Daging) Gembul, Bawal Gembul dan Lele Gembul.

“Ada kedai di sana perlukan sehingga 700 ekor ayam kampung sehari untuk hidangan ayam goreng sahaja,” katanya ketika ditemui di restorannya
baru-baru ini.

Katanya, dia kemudian mendapatkan resipi ayam goreng Solo itu daripada penduduk di sana yang mana ayam perlu dimasak dengan bumbu tersebut selama sejam setengah sebelum digoreng.

Menurutnya, ayam goreng yang dihasilkan rangup dan tekstur di dalam berjus, lembut serta terasa serapan bumbu rahsia yang digunakan.

“Bagi hidangan itik dan daging kita menggunakan kaedah memasak yang sama, namun bagi ikan kita hanya perap menggunakan bumbu tersebut sebelum digoreng,” jelasnya.

Katanya, setiap hidangan ayam, ikan, daging dan itik didatangkan bersama dua jenis sambal iaitu sambal blondo dan sambal bawang tomato selain ulam, tempe, tauhu dan sup.

“Sambal blondo dan sambal bawang tomato ini mempunyai rasa yang sangat unik dan pelengkap kepada hidangan di sini,” ujarnya.

Mohd. Firdaus berkata, harga bagi hidangan juga berpatutan iaitu bagi menu set Ayam Dara Gembul dan Ayam Kampung Goreng Solo dengan teh o ais masing-masing RM12.90 dan RM16.90.

Bagi menu set hidangan lain, harga adalah dari RM7.90 hingga RM15.90.

Tambahnya, istimewa Ramadan ini, pihaknya menawarkan harga kombo set iftar Nasi Ayam Dara Gembul dan Nasi Bawal Gembul iaitu RM23.90 untuk dua set hidangan dan RM44.90 untuk empat set hidangan.

“Kita memberikan minuman teh o ais atau sirap ais, buah kurma secara percuma selain pelanggan boleh tambah nasi, minuman dan sambal juga secara percuma,” katanya.

Tambahnya, maksud gembul pada nama restoran dalam dialek Sunda adalah makan tak kenyang-kenyang, jadi beliau berharap masakan asli Solo itu terus diterima baik pelanggan.

Bagi yang mahu membuat tempahan boleh menghubungi talian hotline 017-592 3389 atau layari Facebook Ayam Gembul Pak Joko.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI