fbpx

Pelajar pintar menderita retak tulang belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHAIDA bersama Muhammad Azli yang hanya terbaring di rumahnya di Petri Jaya, Kota Tinggi selepas terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan menduduki peperiksaan SPM bulan lalu.

KOTA TINGGI – Luluh hati seorang ibu apabila anak lelakinya yang menjadi harapan keluarga kini hanya terlantar sakit di atas katil akibat retak tulang belakang selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemala­ngan di Felda Linggiu di sini bulan lalu.

Lebih menyedihkan bagi Suhaida Lim Tahir, 45, apabila anaknya, Muhammad Azli Da­nial, 17, ditimpa kecelakaan ketika dalam perjalanan untuk menduduki kertas terakhir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, Muhammad Azli merupakan pelajar cemerlang yang turut menjadi harapan guru-guru selain tersenarai antara lima calon sasaran sekolah dalam peperiksaan berkenaan.

“Muhammad Azli yang merupakan anak kedua dari empat beradik kini hanya terbaring selepas mengalami retak tulang belakang.

“Kejadian berlaku ketika dia menunggung motosikal dan dalam perjalanan dari rumah kami di Petri Jaya menuju ke sekolahnya di Felda Linggiu.

“Apa yang menyedihkan ialah hari tersebut adalah hari terak­hir persekolahan dan sepatutnya menjadi hari terakhir dia menduduki peperiksaan SPM untuk kertas matematik tambahan,” katanya ketika ditemui di rumah­nya baru-baru ini.

Ekoran kemalangan itu, Muhammad Azli terpaksa ditempatkan diwad selama 16 hari dan doktor turut melakukan pembedahan implan tulang belakang.

“Keadaannya tidak seperti remaja yang lain dan memang sedih bila mengenangkan me­ngenai masa depannya. Dia begitu bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik,” katanya.

Menurut Suhaida lagi, kea­daan yang menimpa anaknya itu turut memberi tempias kepada kewangan keluarga termasuk belanja yang digunakan untuk rawatan Muhammad Azli.

“Kami banyak berhabis untuk pembedahan Muhammad Azli meskipun ada bantuan daripada biro kebajikan. Ada juga kos tambahan yang perlu dikeluarkan dan semua wang simpanan sudah habis digunakan,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin memberikan sumba­ngan untuk membantu Muhammad Azli boleh salurkan ke akaun BSN 0199541100809537 atas nama Suhaida Lim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI