fbpx

Serangan Israel bagai ‘siaran ulangan’ – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Sabu.

PETALING JAYA – Kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis pada bulan Ramadan terhadap rakyat Palestin dan serangan keatas Masjid Al-Aqsa bagaikan siaran ulangan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Mohamad berkata, ketika ini menjadi masalah kepada berlakunya serangan ini adalah berpunca daripada sikap umat Islam khususnya negara-negara Arab yang pro kepada Amerika dan Britain.

Katanya, mereka sanggup membiayai dana berbilion dollar kepada kumpulan militan seperti Al-Qaeda dan Daesh untuk menjatuhkan rejim sesama negara Arab seperti yang berlaku di Syria, Iraq, Iran dan Yaman.

“Mereka boleh duduk bermesyuarat bagi merancang serangan terhadap rakyat Yaman sehingga hancur negara tersebut.

“Tetapi mereka langsung tidak boleh membiayai perjuangan untuk menghadapi kezaliman Israel yang menindas dan menzalimi rakyat Palestin.

“Amat memalukan apabila rakyat dan badan bukan kerajaan di Eropah yang diketuai oleh mereka yang bukan beragama Islam lebih lantang dan agresif menentang kekejaman Israel,” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya di sini hari ini.

Ujarnya, apabila pemimpin-pemimpin mereka masih tunduk kepada Anglo-Amerika dan sesekali tidak akan membantu memperjuang pembebasan Palestin.

“Saya berkeyakinan Eropah yang menjadi sumber kekuatan kepada Israel hari ini semakin melemah dengan perubahan dunia kepada kuasa Timur.

“Sekaligus, nasib Israel akan semakin lemah dan akan terhapus tidak lama lagi. Begitu juga dengan rejim-rejim Arab yang pro Anglo-Amerika akan berhadapan dengan masalah di masa akan datang apabila kuasa penaung mereka semakin lemah,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI