KANGAR – Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau yang memakai baju kemeja warna biru didapati sudah berada di dalam kamar mahkamah kira-kira pukul 8.38 pagi tadi.
Azlan, 65, difahamkan akan dituduh di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE