fbpx

Liga Super: Selangor FC tambah derita The Red Warriors

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain-pemain Selangor, meraikan jaringan pada perlawanan Liga Super 2023 antara Selangor menentang Kelantan, di Stadium MBPJ hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC tidak mempunyai masalah untuk meneruskan momentum cemerlang selepas mudah menewaskan pasukan bergelut, Kelantan FC 3-0 pada aksi Liga Super sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium MBPJ itu, skuad Gergasi Merah kendalian Tan Cheng Hoe mengekalkan jentera serangan ampuh terdiri daripada Ayron Del Valle, Yohandry Orozco dan Faisal Halim.

Namun, pada awal saingan kedua-dua pasukan tidak banyak melakukan serangan bahaya dengan skuad tuan rumah dilihat lebih banyak mendominasi perlawanan dengan melakukan hantaran pendek.

Gol yang ditunggu skuad Merah Kuning terhasil pada minit ke-28 hasil gerakan cantik yang dilakukan oleh Ayron selepas menerima hantaran kapten pasukan, Brendan Gan.

Bersambung pada babak kedua, Selangor dilihat mengendurkan jentera serangan sehingga menyaksikan Cheng Hoe terpaksa merombak kesebelasan utama dengan memasukkan pemain gantian seperti Rauf Salifu, Danial Asri dan Aliff Haiqal Lau.

Situasi tersebut membuahkan hasil apabila Salifu melebarkan kelebihan buat pasukan selepas menyudahkan umpanan yang dilakukan oleh Mukhairi Ajmal pada minit ke-80.

Salifu terus mengecewakan skuad The Red Warriors kendalian Frank Berndhart itu dengan gol kedua peribadi hasil kesilapan penjaga gol, Rozaimi Rahamat untuk memastikan keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Selangor kini meraih kedudukan kedua Liga Super selepas mengutip 19 mata manakala Kelantan FC kekal dengan empat mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI