fbpx

Kerajaan negeri, pusat sealiran mudah salur peruntukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (kanan) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu dekat Machang hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

MACHANG – Kerajaan akan lebih mudah menyalurkan bantuan di negeri-negeri sekiranya kerajaan negeri yang memerintah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) sama dengan kerajaan yang mentadbir kerajaan persekutuan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehubungan itu, kerajaan khususnya parti di bawah Barisan Nasional (BN) akan menawarkan perubahan untuk kepentingan rakyat di Kelantan sekiranya diberikan mandat pada PRN.

Menurutnya, meskipun Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan beberapa agensi lain ada di Kelantan untuk membantu aspek infrastruktur rakyat di luar bandar, kerajaan negeri tetap mempunyai bertanggungjawab mutlak dalam aspek itu.

“Peluang untuk memperoleh kemudahan asas adalah menjadi hak mutlak rakyat Kelantan. Kita tidak mahu soal taksub (parti politik) menjadi keutamaan dalam membuat keputusan kerana rakyat akan menjadi mangsa dalam jangka masa yang panjang.

“Sekiranya kerajaan negeri di bawah kita, kerajaan boleh memberi peruntukan melalui pelbagai tatacara kewangan dan kelolaan yang lain. Kita akan bantu Kelantan jika parti yang memerintah sama dengan pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya,” katanya pada sidang akhbar di Majlis Santunan Kasih Ramadan di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Felcra, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, bagaimanapun, kerajaan ketika ini sanggup memberi segala peruntukan tanpa memikirkan warna-warna parti politik, namun peruntukan terhad jika kerajaan negeri bukan di bawah Putrajaya.

Menurutnya, sehubungan itu, beliau berharap rakyat di Kelantan dapat memberi BN tempoh sepenggal untuk mentadbir Kelantan pada PRN nanti.

“Beri kepercayaan kepada BN untuk sesuatu yang baharu di Kelantan. Jika tiada perubahan selepas sepenggal, kita serahkan semula kepada rakyat Kelantan untuk membuat keputusan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI