fbpx

Pengasas produk kecantikan tersilap pindah wang RM29,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mira tular selepas menayangkan beg tangan emas miliknya. - TikTok

JAKARTA – Seorang pengusaha produk kecantikan dari Makassar, Indonesia yang mendapat perhatian ramai sebelum ini kerana mempamerkan beg tangan emas mengaku pernah tersilap memindahkan wang berjumlah 100 juta rupiah (RM29,469) kepada pengikutnya di media sosial, lapor laman berita Suara.com.

Mira Hayati mendapat perhatian ramai selepas ‘menayang’ beg tangan mewah berharga 553 juta rupiah (RM162,965).

Walaupun mempunyai kekayaannya melimpah ruah, Mira tetap berusaha keras untuk mempromosikan produknya menerusi kaedah penstriman live di aplikasi media sosial.

Mira mengaku dia selalu menderma kepada sesiapa sahaja dan pernah tersilap memindahkan transaksi wang bernilai 100 juta rupiah (RM29,469) kepada pengikutnya di media sosial.

“Saya sering memberikan wang 100,000 rupiah (RM30), tetapi pernah tersalah pindahkan 100 juta rupiah (RM29,469) sampai terkejut. Itu rezeki dia (penerima), namun saya jadi trauma. Lebih baik berikan wang tunai daripada memindahkan wang,” katanya.

Menurut Mira, dia selalunya akan membawa wang tunai antara 30 juta rupiah (RM8,840) hingga 50 juta rupiah (RM14,734) untuk dibahagikan kepada orang susah pada setiap hari. 

“Apabila saya berkongsi, saya berasa gembira. Saya berdoa supaya (wang) menjadi banyak dan dapat kongsi dengan semua orang. Saya bertuah kerana Allah memberi saya terlalu banyak, mungkin saya boleh berkongsi rezeki ini, tetapi dengan cara saya sendiri,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI