fbpx

Caprice masuk hospital kerana sesak nafas, dehidrasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap Caprice dimasukkan ke sebuah hospital awal pagi semalam gara-gara mengalami dehidrasi dan sesak nafas.

Dia berkongsi perkara itu menerusi Instagramnya semalam dengan memberitahu terpaksa menghubungi sendiri ambulans untuk mengambilnya di rumah.

“Pagi tadi tiba-tiba terbangun sesak nafas dan badan rasa kering lain macam. Sebab PKPB, saya tidak dapat minta bantuan kawan untuk bawa ke hospital pada pukul 4 pagi.

“Doktor beritahu badan saya mengalami dehidrasi teruk. Mungkin kerana kurang minum air atau pasang pendingin hawa kuat sangat,” tulisnya.

Menerusi hantaran itu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkongsi sebuah video ketika berada di dalam ambulans menuju ke hospital.

Bagaimanapun, keadaan itu berlaku tidak lama kerana dia sudah pun dibenarkan pulang dan mula bekerja pada sebelah malam.

Malah penyanyi berusia 32 tahun itu juga berkongsi keadaan kesihatannya yang beransur pulih menerusi sebuah video baharu yang dimuat naik semalam.

“Alhamdulillah kesihatan saya okey selepas dimasukkan air. Terima kasih atas segala doa yang baik-baik,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI