fbpx

Tanam sayur pendapatan cecah lima angka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarudin menunjukkan bendi yang ditanamnya di Ladang Kampung Relong, Rembau baru-baru ini.

REMBAU – Seorang bekas kru kapal atau kelasi yang mengusahakan projek pertanian mampu meraih pendapatan antara empat hingga lima angka sebulan.

Kamarudin Norzan, 47, berkata, sebelum berani memajak tanah penduduk kampung untuk menanam sayur-sayuran jangka pendek seperti terung, cili, bendi dan lain-lain, dia terlebih dahulu bekerja dengan usahawan tani yang lain semasa bercuti.

“Tahun 2008, saya nekad berhenti kerja sebagai kelasi dan mencari modal sebanyak RM50,000 bagi memulakan projek pertanian.

“Banyak juga cabaran yang saya sudah tempoh sepanjang 15 tahun ini antaranya rugi lebih RM60,000 susulan banjir enam tahun lalu,” katanya pada Program Jelajah Semarak Ramadan Peringkat Negeri Sembilan di Ladang Kampung Relong, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, dia kini menumpukan kebun di Kampung Relong yang dipajak 10 lot tanah penduduk dengan keluasan 6 hektar dan terdapat lebih 30,000 sayur-sayuran seperti bendi, cili, kangkung, sawi dan bayam.

“Macam tananam bendi, tempoh bagi mengeluarkan hasil adalah tiga bulan. Dalam satu musim tuaian iaitu kira-kira 53 hari, boleh capai hasil 16 tan.

“Saya bersyukur apabila dengan rezeki yang ada, malah mempunyai lebih masa bersama keluarga menghantar anak ke sekolah agama,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI