fbpx

Luahan pembaca: Butang baju Melayu RM60, songkok RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketika ini umat Islam sibuk membuat persiapan membeli kelengkapan hari raya. – Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Sudah melepasi 15 hari puasa di bulan Ramadan, pasti sahaja orang ramai ketika ini sudah sibuk dan berkira-kira untuk mencari barang dan persediaan untuk menyambut hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Baju Melayu, baju kurung serta kelengkapan lain seperti songkok, samping serta kain tudung akan menjadi pilihan utama bagi umat Islam yang tidak sabar-sabar menyambut hari kemenangan itu.

Pusat bandar raya Kuala Lumpur seperti biasa akan menjadi destinasi tidak kira bagi warga kota sendiri mahupun bagi penduduk negeri lain sebagai tumpuan membeli-belah hari raya.

Namun, dalam keseronokan dan kesibukan kita mencari barang persediaan hari raya, nampaknya ada golongan yang mencari untung lebih kali ini.

Saya terkejut apabila melihat harga untuk butang baju Melayu kini boleh mencecah RM60 hanya kerana ada permata sebagai hiasannya, ini cukup tidak masuk akal.

Bukan itu sahaja, harga songkok sebelum ini kita boleh dapat dengan harga RM50 paling mahal, namun kali ini songkok baldu ketika ini boleh mencecah RM100.

Dalam kita berniaga, walaupun mengejar keuntungan tetapi janganlah kita terlampau bebas untuk meletak harga sesuka hati.

Bagi pembeli pula nasihat saya jangan terlalu ikutkan hati dan nafsu kita sebagai pembeli, buat pilihan bijak kerana paling penting adalah penerimaan Pencipta terhadap ibadah kita dalam bulan yang mulia ini.

WAQORRI MD. NOR
Lembah Pantai

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI