fbpx

MotoGP: Marc Marquez dikait bakal sertai KTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ dilaporkan semakin bosan dengan Honda yang terus gagal untuk menghasilkan jentera terbaik. – AFP

LONDON – Juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez kemungkinan akan ‘angkat kaki’ meninggalkan pasukannya Repsol Honda sekiranya pasukan Jepun itu masih gagal menyedia­kan jentera terbaik.

Bekas ketua pasukan LCR Honda, Oscar Haro menegaskan pelumba Sepanyol itu mungkin akan menyertai KTM kerana pengaruh besar Red Bull untuk memastikan Marquez kembali melakar kemenangan dengan jentera kompetitif.

Ketika ini, Marquez masih terikat dengan kontrak sehingga 2024 dengan Honda, tetapi timbul khabar angin bahawa pelumba Sepanyol itu bersedia untuk meninggalkan pasukan Jepun itu lebih awal.

“Di Sepanyol timbul khabar angin bahawa Marquez kini dalam keadaan tidak baik bersama Honda. Red Bull juga sedang berusaha untuk memastikan Marquez berada di atas jentera yang sepatutnya.

“Marquez tidak gembira apabila Alex Rins mencuba casis jenteranya. Sebenarnya, casis baharu yang dibuat oleh Kalex ini telah sedia untuk digunakan dari tahun lepas dan Marquez tidak tahu apa-apa mengenai perkara tersebut,” dakwa Haro.

Secara teorinya perpindahan tersebut mempunyai asas selepas pelumba Moto2, Pedro Acosta yang kini bersaing bersama Red Bull KTM Ajo dikatakan bakal menyertai Honda dan Marquez pula berubah angin untuk bersama KTM.

Pengurus baharu Marquez, Jaime Martinez yang menggantikan Emilio Alzamora baru-baru ini turut dikatakan antara individu penting untuk memastikan karier Marquez dalam keadaan baik kerana dia mempunyai hubungan pen­ting bersama Red Bull.

Ketika ini, Marquez belum dapat dipastikan sama ada akan beraksi atau tidak menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Americas pada 17 April nanti selepas selepas menjalani pembedahan tangan dua ming­gu lalu.

Marquez mengalami kecede­raan selepas terlibat dalam kemalangan sejurus merempuh Miguel Oliveira di Portimao. Disebabkan insiden tersebut Marquez menerima penalti ‘double long lap’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI