fbpx

Selena Gomez, Zayn Malik tak main-main

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN Selena Gomez dan Zayn Malik direstui peminat.

HUBUNGAN antara penyanyi Selena Gomez dan Zayn Malik semakin menjadi perhatian peminat mereka yang mula yakin kedua-duanya sedang hangat menjalinkan hubungan cinta.

Gosip timbul selepas Gomez mengikuti akaun Instagram Malik beberapa minggu lalu dan hubungan mereka dikatakan semakin rapat bermula dari situ.

Terbaharu, tular sekeping foto menunjukkan Gomez, 30, keluar makan dengan pembantu peribadi Zayn, Taryn Zimmerman di sebuah restoran makanan Jepun di New York, Amerika Syarikat.

Keakraban kedua-dua wanita itu sekali gus menarik perhatian netizen yang mendakwa Gomez mula serius untuk menjalani kehidupan bersama Zayn.

Bahkan peminat berharap agar penyanyi itu boleh melupakan bekas teman lelakinya, Justin Bieber yang sudah lama bergelar suami orang.

Sementara itu, seorang wanita bernama Klarissa Garcia memberitahu Page Six bahawa dia pernah ternampak pelantun lagu Lose You To Love Me itu bersama Zayn sedang menikmati makan malam di sebuah restoran makanan Perancis.

Mereka kemudiannya dilihat berciuman di meja makan tanpa mempedulikan pengunjung lain yang berada di restoran tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI