fbpx

PRN: PH, BN Pulau Pinang belum sepakat agih kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (tengah) melawat gerai pameran Kempen Derma Darah di Taman Chai Leng hari ini. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN/ KOSMO!

SEBERANG PERAI – Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang belum mengadakan rundingan rasmi bersama Barisan Nasional (BN) berhubung peruntukan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi PH Negeri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya kini sedang memuktamadkan kedudukan parti itu sebelum melangsungkan perbincangan dengan BN.

“Sebenarnya kita diberi sebulan untuk bincang dan sekarang sudah masuk minggu kedua. Perbincangan (tidak rasmi) memang berlaku tetapi niat kita adalah muktamadkan kedudukan sebelum bawa keputusan untuk bincang dengan BN.

“Dalam pilihan raya, kadang kala keputusan cuma boleh dibuat pada tempoh terakhir iaitu selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) atau pengumuman tarikh penamaan calon,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Derma Darah di Taman Chai Leng, di sini hari ini.

Mengulas kenyataan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail yang menyatakan PH dan BN sebulat suara untuk mengekalkan penyandang parti bagi kerusi DUN, Kon Yeow memberitahu yang perkara tersebut adalah prinsip PH. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI