fbpx

Empat keluarga hilang tempat tinggal, dua rumah musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas dua rumah didiami musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Baru, Jalan Bundusan, Penampang, malam tadi. -Foto IHSAN BOMBA

PENAMPANG – Empat keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas dua rumah didiami musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Baru, Jalan Bundusan, 9 malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.33 malam dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Lintas serta Kota Kinabalu bersama enam jentera digerakkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran membabitkan dua rumah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya dan didapati seorang mangsa wanita cedera ringan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi dilaporkan terkawal pada pukul 10.32 malam dan operasi pemadaman masih lagi dijalankan manakala kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sementara itu, salah seorang mangsa, Ariffin Reduaan Rudi, 21, berkata, kejadian itu menyebabkan rumah yang dihuni bersama abang, sepupunya dan bapa saudaranya musnah terbakar.

“Sewaktu kejadian saya sedang bekerja dan hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi keluarga. Rumah dua tingkat itu didiami saya bersama abang dan sepupu serta bapa saudara masing-masing bersama keluarga.

“Semuanya musnah terbakar. Hanya tinggal baju dan seluar kerja yang sedang saya pakai,” katanya sebak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI