PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan, cuaca baik dan cerah diramalkan hampir keseluruhan negeri-negeri Semenanjung serta Sabah dan Sarawak pada pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan, hujan dilaporkan hanya melibatkan satu dua tempat pada pagi ini iaitu di kawasan pantai Perak dan Johor.
“Bagi Sabah pula, hujan melibatkan satu dua tempat di Pedalaman, Sandakan dan Kudat, manakala hujan turut dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan.
“Di Sarawak pula tiada hujan dilaporkan di negeri tersebut pada pagi ini,” kata kenyataan tersebut, hari ini. – KOSMO! ONLINE