fbpx

Nelayan dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak bomba melakulan SAR mencari nelayan berkenaan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai pagi tadi. Foto IHSAN BOMBA

MERSING – Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika cuba melompat dari jeti ke botnya dalam kejadian berlaku di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Alias Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 8.30 pagi.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Muhammad Al-Shafiq Abdul Rosool, 25, bekerja sebagai seorang nelayan.

Jelasnya, seramai lapan orang anggota dan 10 anggota pasukan penyelamat di air (PPDA) dihantar ke lokasi kejadian bagi membantu operasi mencari mangsa.

“Menurut maklumat saksi, mangsa terjatuh ke dalam sungai ketika cuba melompat dari jeti ke bot dan terus tenggelam.

“Operasi pencarian mangsa dilakukan menggunakan teknik ‘surface and searching’ dengan menaiki satu bot aluminium dikawasan jeti kira-kira 200 meter ke kuala Sungai Endau dan jarak 1 kilometer ke bahagian hulu sungai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut dibantu oleh nelayan tempatan dengan menggunakan satu bot nelayan.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan sehingga kini dan bantuan pasukan PPDA seramai lima anggota dari BBP Mersing dan lima anggota dari BBP Tebrau turut dalam perjalanan ke lokasi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI