fbpx

Lagi sekolah ditutup di NS: Guru SMRA Chuah PD positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PORT DICKSON – Seorang guru di Sekolah Menengah Rendah Agama (SMRA) Chuah, dekat sini, disahkan positif Covid-19 semalam menjadikan sekolah berkenaan merupakan sekolah kedua ditutup di daerah berkenaan akibat warga sekolahnya positif Covid-19.

SMRA Chuah ditutup bermula hari ini hingga 5 Nov bagi kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan berkata, dipercayai guru berkenaan mendapat jangkitan dari suaminya yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurutnya, berikutan itu tiga sekeluarga berkenaan termasuk anak telah menjalani ujian calitan Covid-19 dan disahkan positif Covid-19 semalam.

“Sekolah berkenaan kini telah ditutup dan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Port Dickson telah menjalankan pengesanan kontak rapat bagi individu positif Covid-19 daripada Kluster Kaya berkenaan.

“Malah, ujian calitan Covid-19 juga sedang dilaksanakan oleh PKD Port Dickson bagi kontak rapat berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.

22 Oktober lalu dilaporkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) An-Nur Springhill di Port Dickson ditutup selama tempoh tujuh hari iaitu hingga 28 Oktober susulan pengesanan kes jangkitan Covid-19 di sekolah berkenaan.

Tular di media sosial surat rasmi Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd Zaidi Ramli kepada Guru Besar SAR An-Nur Springhill bagi notis penutupan sekolah berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI