fbpx

Peluncur ombak Brazil tumbuk wanita di Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azevedo dan rakannya mengepung Taylor sebelum menumbuknya di kepala. - Instagram

JAKARTA – Seorang peluncur profesional dari Brazil dirakam menumbuk seorang wanita Amerika Syarikat (AS) beberapa kali di kepala selepas mangsa bergaduh dengan rakannya ketika meluncur ombak di Indonesia, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Sara Taylor dan warga Brazil, Adriano Portela berada di Uluwatu, barat daya Bali pada Rabu lalu apabila mereka meluncur ombak yang sama.

Dua peluncur itu percaya mereka berhak meluncur ombak tersebut tetapi pergaduhan singkat berlaku di dalam laut apabila mereka bertembung antara satu sama lain.

Oleh kerana marah bagi pihak rakannya, peluncur profesional dari Brazil, Joao Paulo Azevedo menyerang Taylor dengan menumbuknya di kepala. Mereka mengejar Taylor dan rakannya dari Britain, Charlie McCharg sebaik sahaja kembali ke pantai.

“Jangan rakam saya!” jerit Azevedo sebelum melemparkan penumbuknya ke muka Taylor dan menarik tuala daripada bahu mangsa.

Kumpulan itu mengelilingi Taylor dan menendang motosikal McCharg sehingga terbalik. Taylor didengari menyuruh mereka pergi sebelum video itu tamat.

Video serangan itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan komuniti peluncur ombak termasuk juara liga Surf Dunia, Kelly Slater dan peluncur Australia, Felicity Palmateer.

Kelmarin penaja Azevedo, Quebra Onda menarik balik tajaan susulan  insiden itu.

“Keputusan ini dibuat setelah menyedari kejadian yang berlaku. Kami mengulangi bahawa kami menolak semua jenis keganasan terutamanya terhadap wanita,” kata jenama itu dalam satu kenyataan.

Dalam video yang kemudian disiarkan di YouTube, Azevedo berkata, dia sangat menyesal dan malu tentang apa yang berlaku tetapi mendakwa dia adalah mangsa sebenar.

Sementara itu, jurucakap Polis Bali, Stefanus Satake Bayu Setianto mengesahkan bahawa Taylor dan McCharg telah membuat laporan  kepada Polis Kuta Selatan. Portela dan Azevedo tinggal di Uluwatu dan perkara itu akan disiasat oleh Polis Bali. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI