fbpx

Agong zahir dukacita, kutuk serangan jemaah di Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu tentera rejim Israel terhadap jemaah dan pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa baru- baru ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin berkata, baginda menyifatkan serangan dan pencerobohan tempat suci umat Islam yang ketiga itu sebagai perbuatan keji dan tindakan amat zalim serta tidak berperikemanusiaan.

“Seri Paduka Baginda turut menyifatkan tindakan tentera rejim Israel itu bukan sahaja menyalahi undang-undang malah mencabuli hak asasi manusia serta kesucian masjid itu.

“Seri Paduka Baginda bertitah Malaysia dan rakyatnya sentiasa bersoladiriti bersama Palestin dan menyeru seluruh rakyat supaya terus memperjuangkan pronsip keadilan, sikap hormat menghormati, di samping menentang sebarang bentuk keganasan dan kezaliman sesama manusia,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, sehubungan itu, Baginda menzahirkan sokongan terhadap ketetapan kerajaan Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) supaya rejim Israel bertanggungjawab ke atas jenayah keji itu.

Tambahnya, Baginda bertitah Malayisa turut menyokong dan berpegang teguh dengan pendiriannya selama ini bahawa rakyat Palestin berhak mendapatkan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat berdasarkan garis sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara selaras undang-undang dan inisiatif di peringkat antarabangsa.

“Selain itu, Seri Paduka Baginda juga bertitah agar kerajaan Malaysia memainkan peranan menyeru Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk bersatu padu membantu menangani masalah yang dihadapi oleh Palestin.

“Seri Paduka Baginda menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersama Baginda berdoa mengikut pegangan kepercayaan masing-masing supaya rakyat Palestin dilindungi dan tanah air mereka dibebaskan daripada penjajahan dan penindasan rejim Israel,” ujarnya.

Kata Zahari, Baginda turut menyeru masjid dan surau di negara ini serta rakyat yang beragama Islam di kediaman sendiri untuk mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat bagi memohon ihsan daripada Allah SWT untuk memelihara kesejahteraan rakyat Palestin daripada niat jahat rejim Israel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI